Monday, 1 April 2013

Cemburuku kerana sayang...~~~


 Assalamualaikum wbt sayangku…

Kamu tentu pernah dengar kan kata pepatah “Cemburu tandanya sayang”? Orang tua-tua cakap kalau kita cemburu tu maksudnya kita memang betul-betul sayang pada seseorang. Malah dalam agama kita sendiri turut menggariskan tentang sifat cemburu. Sebagai contoh; seorang suami harus memiliki sifat cemburu terhadap isterinya, dan seandainya si suami tidak memiliki sifat cemburu terhadap isterinya dalam beberapa hal maka termasuk si suami itu dalam golongan suami yang dayus. Si isteri juga perlu memiliki sifat cemburu terhadap suaminya dalam beberapa hal atau situasi. Cemburu biasanya wujud dalam hati seseorang yang memiliki perasaan kasih, sayang dan cinta terhadap seseorang. Dan sifat cemburu ini akan timbul sekiranya seseorang itu berada dalam situasi yang “terancam” atau situasi yang dapat menyebabkan perasaan sayang dan cintanya terhadap kekasihnya itu digugat oleh suatu keadaan. Biasanya apabila kekasih kita sedang ‘diganggu’ oleh seseorang sama ada dia rela ataupun tidak, maka pada waktu itulah sifat cemburu kita akan timbul, kerana mendalamnya cinta kita kepada kekasih kita. Cemburunya kita kerana tidak mahu atau tidak rela melihat keadaan di mana kekasih kita sedang diganggu atau cuba dirampas oleh orang lain.

Hari ini aku meng"stalk" profile Facebook kamu. Aku minta maaf sebab jadi stalker hari ini di page kamu. Bukan niat aku untuk meng"stalk" kamu, tetapi entah kenapa hari ni aku terlalu merindui kamu. Aku ke page kamu untuk melihat gambar-gambar yang ada di page kamu sebagai pengubat rinduku. Bukan aku tidak menyimpan gambar kamu di dalam laptopku. Setelah melihat-lihat gambar-gambar kamu, aku mula melihat post-post dan status-status kamu yang lama, sejak dari awal kamu memiliki Facebook. Satu per satu aku lihat. Membayangkan gelagat manja dan comel kamu di luar membuat aku tersenyum bila melihat post-post kamu kerana ada di antaranya yang aku rasakan sedikit “keanak-anakan”. Terdetik di hatiku saat itu…”comel la buah hati aku ni”…hehe…^_^

Semakin aku meninjau post-post kamu, semakin bertambah rasa cemburu di hatiku. Entah kenapa post-post kamu yang bersifat “jiwang” terhadap individu-individu yang pernah singgah di hati kamu sebelumku membuatkan hatiku sedikit terusik. Ya jujur aku cemburu melihat status-status mu itu. Namun aku cepat-cepat memujuk dan menenangkan hatiku. Aku berbisik kepada hatiku bahawa itu semua adalah masa silam mu, sedangkan kamu telah menyerahkan hatimu untuk ku sekarang, dan aku tidak sepatutnya menyimpan sedikit pun rasa ragu-ragu terhadap dirimu. Malah aku pernah berjanji pada diriku, walau apapun yang berlaku di masa silam mu dulu, aku terima semua itu kerana aku sudah menerima diri mu sekarang. Kerana aku sedar, aku juga punya kisah silam ku sendiri, dan kamu sudi menerima ku seadanya walau siapa pun aku dulu. Dan aku yakin kamu telah menyerahkan sepenuhnya hatimu untuk aku miliki, kini dan selamanya.

Maafkan aku kerana cemburu padamu apabila melihat status-status lama kamu di Facebook, tapi ketahuilah bahawa cemburuku itu kerana aku sangat menyayangi kamu. Berjanjilah padaku wahai sayangku, walaupun aku bukan yang pertama di hatimu, tapi biarlah aku yang terakhir yang memiliki hati dan cintamu. Dan aku juga akan melakukan hal yang sama terhadap mu. Aku tidak rela kehilangan kamu dan cintamu. Kita telah berjanji untuk sehidup semati. Semoga kamulah isteriku sampai ke syurga, dan semoga akulah suami-mu yang akan memimpin dan bersamamu hingga ke syurga. Sesungguhnya demi Allah, aku sangat mencintaimu sepenuh hatiku…=)


Ikhlas buatmu sayangku
         
-Izrul-





No comments:

Post a Comment